Bila dah sejuk, ambil sambal dan masukkan dalam isi ikan tadi.
Sunday, May 22, 2011
OTAK-OTAK
Bila dah sejuk, ambil sambal dan masukkan dalam isi ikan tadi.
Wednesday, May 18, 2011
MY HOME MADE RECEPIE (Pecal)
kalau ada yang nak cuba boleh amik resepi dibawah nie :-
Bahan2:-
Tempe-gaul garam dan sedikit kunyit lalu digoreng
2 keping tauhu-goreng dan hiris nipis
Taugeh-celur
kacang panjang-potong 2cm celur
kangkung-celur
pucuk ubi-celur
1/2 biji sengkuang-potong 2cm panjang
timun-potong 2cm panjang
*masukkan 2sb minyak dalam air untuk mencelur
Kuah Kacang:-
150gm kacang tanah-disangai dan diblend kasar
10tangkai cili kering
5biji cili padi
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2"belacan bakar
1 1/2 sb udang kering-rendam 10min dan sangai
1/2st + 1/2cwn air-jadikan pes
1st garam
5sb gula
1/2 cawan air
cara-cara:-
1.Goreng cili kering dan cili api gunakan 1/2cawan minyak..angkat dan toskan
2.goreng bawang merah dan bawang putih setelah layu toskan
3.blender semua bahan kuah kacang
4.masukkan minyak sedikit kedalam periuk masukkan bahan blender, kacang tanah, garam dan gula
5.setelah mengelegak masukkan air asam jawa
Nanti Nak buat Satar pulak tempek resepi dulu ..gambar lepas buat baru post kat sini..hehhhee
resepi dari:Hanieliza's (thanks)
SATAR IKAN
bahan
1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia sdikit asam jawa daun pisang
caranya;
1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dimesinkan.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan
Monday, May 16, 2011
AMALAN KETIKA MENGANDUNG
* Saidul (penghulu) Istighfar
, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku senantiasa
di atas perintahMu (kekuasaanMu) dan perjanjianMu sekadar keupayaanku
(kemampuanku), aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatanku, aku mengaku
bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku,
maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang
dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau". (Diriwayatkan oleh Bukhari)
beri petunjuk, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah
Maha Pemberi (kurnia).Ya Tuhan kami, sesunguhnya Engkau mengumpulkan manusia
( untuk menerima balasan) pada hari yang tiada keraguan padanya. Sesunguhnya Engkau telah
menjanjikan itu. Sesungguhnya Allah tidak pernah menyalahi janji.”
(Surah Ali Imran [3] : 8-9)
Pendengar Doa” ( Surah Ali Imran [3]: 38)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
Surah Yusuf
Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak..waktu ini paling sesuai kerana fetus baru membentuk..
Surah Luqman
Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa..
Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin..
Perkembangan Janin : Dua Bulan(minggu8-12)
Perkembangan Janin : Minggu Ke-8
Sekarang embrio anda sudah bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda juga semakin meregang untuk memuatkan bayi anda. Perkembangan bayi anda
sekarang:
Berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter, berat lebih kurang 1gm
Sudah berubah bentuk - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi.
Tangannya sudah boleh dibengkokkan di pergelangannya,
Jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang.
Kelopak mata mula menutupkan mata.
Bermula pada peringkat ini juga, anda akan mengalami perubahan fizikal (bentuk badan) seperti:
Payudara anda mulai membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama.
Ukuran pinggang anda mula bertambah.
Perkembangan Janin : Minggu Ke-9
Perkembangan janin pada minggu ke-9 ialah :
Di penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 0.9 inci / 2.3 sentimeter.
Beratnya lebih kurang 2gm.
Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea.
Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan.
Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas.
Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku.
Butiran dalaman telinga sudahpun sempurna menjelang penghujung minggu.
Alat kelaminnya sudah mulai terbentuk, namun jantinanya masih belum dapat ditentukan melalui pemeriksaan ultrasound
Plasenta juga sudah cukup matang serta mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.
Semakin menghampiri minggu ke-10, emosi anda juga akan mengalami perubahan. Emosi boleh jadi bercampur aduk dan kurang stabil dimana anada akan
merasa serba tak kena dan kadang kala merasa amat gembira. jangan risau kerana emosi yang turun naik ini adalah normal bagi ibu2 yg mengandung.
Perkembangan Janin : Minggu Ke-10
Perkembangan janin pada minggu ke-10 ialah:
Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung.
Beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram.
Giat menelan dan menendang.
Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu.
Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi,
Kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan.
Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia.
Saraf spina menjalar keluar dari korda spina.
Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung
fetus yang pantas.
Perkembangan Janin : Minggu Ke-11
Sekarang kandungan anda hampir sampai ke penghujung trimester pertama. Perkembangan janin pada minggu ke-11 ialah:
Panjang Fetus jika diukur dari mercu kepala ke punggung, 1.5-inci / 4-sentimeter
beratnya boleh mencecah 7gm
Sudah mempunyai semua bahagian, dari kudup gigi ke kuku jari kaki.
Sekarang bayi anda sibuk menendang dan meregang; pergerakan-pergerakannya amat lemah-gemalai sehinggakan seperti balet air.
Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya.
Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan
secara bersendirian di luar rahim.
Perkembangan Janin : Minggu Ke-12
Perkembangan janin pada minggu ke-12 ialah:
Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia,
Panjangnya dari mercu kepala ke punggung lebih kurang 2 inci / 5.5 sentimeter
Beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram.
Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat.
Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala.
Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing
Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina.
Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh
kelopak mata, otot mata akan menggenggam.
Sekarang, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen. Apabila anda
memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat
dan tak dapat dipakai lagi. Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah perasaan "mabuk" menghilang.
PERKEMBANGAN BAYI 1 BULAN (Minggu ke4 -Minggu ke 7)
Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-4 hingga minggu ke-7.
Perkembangan Janin : Minggu Ke-4
Pada akhir minggu ke-4, bayi anda digelar sebagai embrio. Embrio yang sedang membesar dalam uterus anda membesar dengan cepatnya dan mempunyai tiga
lapisan yg akan bertukar menjadi organ2 dan tisu2. Saiznya sebesar biji kuaci.
Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di
lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali
pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.
Samaada anda perasan atau tidak, badan anda juga akan mengalami perubahan, seperti tidak datang haid, kerap berasa lapar, perubahan di puting, letih dan
lain2 tanda yang mungkin menunjukkan anda hamil. Pada saat ini juga anda boleh mencuba ujian kehamilan dirumah, sebagai mengesahkan kehamilan anda.
Jika sah hamil, anda seharusnya menjaga pemaknan dengan makan makanan seimbang, mengambil asid folic dan mendapatkan nasihat doktor berkaitan vitamin
tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Perkembangan Janin : Minggu Ke-5
Perkembangan janin pada minggu ke-5 ialah :
Jantung sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma
denyutan yang baik.
Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia.
Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul.
Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini.
Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda.
Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya.
Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi.
Raut muka sudah mula terbentuk.
Lubang hidung lebih kelihatan
Versi terawal retina mata mula timbul.
Perkembangan Janin : Minggu Ke-6
Perkembangan janin pada minggu ke-6 ialah:
Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini.
Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung
, dan lubang-lubang yang menandakan telinga.
Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung.
Pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot.
Jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda.
Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanyan namun anda masih belum dapat merasainya.
Perkembangan Janin : Minggu Ke-7
Perkembangan janin pada minggu ke-7 ialah:
Panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur,
Mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput.
Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula.
Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.
Gigi dan lelangit sedang membentuk.
Pembentukan telinga terus berkembang.
Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak.
PERKEMBANGAN JANIN
tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi anda) dihitung bermula dari hari pertama haid terakhir (LMP) anda. Ini bermakna, persenyawaan masih belum terjadi
lagi dalam tempoh 2 minggu pertama yg diistilahkan sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan 10 hari tempoh kehamilan itu. Kesukaran untuk mengetahui
dengan tepat bilakah masa ovulasi, dan juga bila sperma mensenyawakan telur, menyebabkan pakar perubatan menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik
permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara "rasmi" minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula.
Persenyawaan boleh terjadi dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas ovulasi (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari @ lebih kurang 14 hari sebelum jangkaan haid
anda yg seterusnya).Satu daripada telur anda yang telah berada di tiub falopio akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan
mani yang normal) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus dan terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur tadi.
Telur yg sudah disenyawakan ,sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya bagi menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya
membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia
akan terus berkembang disitu (Uterus menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah, dan dengan peningkatan tahap hormon progesteron, membolehkan
uterus untuk menyara telur yang telah disenyawakan).
Dalam tempoh masa yang singkat, badan anda akan mendapat signal bahawa anda telah mengandung, dan haid tidak datang, Namun anda mungkin tidak sedar
yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku.
Gambar telur disenyawakan oleh sperma
Sunday, May 15, 2011
Cerita2 Gembira 2011
Aku disahkan Hamil selepas 6tahun berkahwin syukur alhamdullilah Ya Allah, terima kasih atas Rezekimu Ya Allah..
Scan pada kehamilan 7 minggu..terpancar harapan yang tinggi semoga kehamilan ku ini
dipermudahkan
mengalami pendarahan pada minggu ke-7, diminta membuka buku merah seawal untuk refer kes dengan pakar
Rezeki berganda darimu Ya Allah ..tahniah buat suami kerana disenaraikan sebagai penerima Anugerah Khidmat cemerlang ILPKS 2011
Kelahiran dua anak saudara baru 2011..Tahniah buat Adik2ku Zakiman dan Isteri Siti Hafizah dan Zami dan suami Zaidi.
Muhammad Haziq Ikram/23 April 2011 (Zakiman Dan Siti Hafizah)
Muhammad Faris Syahmi/14 may 2011(Zami dan Zaidi)
click to create your glitter text