CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 19, 2011

Story GDM lagi Dan Syarat2 Naik Kapal terbang Semasa Hamil

Sejak Puasa Nie mama x sempat nk update Blog nie..so hari nie mama stories sikit kisah mama dan GDM sepanjang puasa nie.

Actually Mama x dibenarkan puasa kerana takut merisikokan baby dalam kandungan kerana keadaan gula yang tak stabil dan disebabkan mama perlu menyuntik insulin sebanyak 4 kali sehari bagi menstabilkan kandungan gula dalam darah..takpelah ujian buat mama sebab tak dapat menjalani ibadah puasa tahun nie..tahun depan mama gantilah puasa tu demi baby ok.

So last jumpa doktor di klinik Kota Samarahan hari tu mama perlu ke Hospital Umum Sarawak untuk Detail Scan dengan pakar pada 16hb dan Jumpa PaKar Diebatic pada 18hb Ogos lepas..Alhamdullilah detail scan dijalankan kandungan Mama ada lah Normal..alhamdullilah anak mama yang baik nie sihat2 sahaja.Tapi Mama kantoi untuk ujian BSp masa jumpa Pakar diebetic..hehheee citernya diorang check mama punya rekod dalam glucometer..abis semua bacaan time x perlu rekod pon dia orang catit..dah ler dalam puasa nie time berbuka temankan En.hubby mama makan tak ingat..bacaan untuk Malam kebanyakannya atas 8-10.3mmol, tak pasal2 kena baca sikit then kena jumpa diorg untuk monitoring BSP 1minggu sekali..tapi sebab mama nak balik kg 25hb nie..just need to call dorg dari kg untuk setiap minggu kena bgtau bacaan BSP tu huuuhhuuu..raya nie tak dapat nak mkn sedap2.

Then untuk klinik mengandung Pulak tagging mama dah berdouble dari merah (kes Bledding) dah ditindan dengan sticker Kuning (geng ibu GDM)..berat badan turun 0.4kg..dari 87.2kg ke 86.8kg pastu kt klinik diebetic turun lagi jadik 85.10kg heemmm nasib badan nie sihat2 aje. tehn mama dapat sedikit Nasihat bagi Pemakanan Ibu GDM seperti dibawah (Mama Taipkan untuk refer ibu2 GDM yang lain yee):-
(Bagi mengekalkan paras gula pada tahap Normal)
  • Makan makanan karbohidrat tinggi serat/gentian seperti roti jagung,wholegrain,beras merah,bijirin,sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak daging/Ayam, santan,mentega dan keju
  • Gunakan cara masak tanpa minyak seperti merebus,stim,bakar dan memanggang

makanan yang perlu dielakkan:

  • Makanan bergula/berkarbohaidrat ringkas seperti Gula pasir,Ais krim,jem,kaya,minuman ringan dalam tin & botol,air sirap atau beralkohol.

makanan Yang boleh dimakan tetapi dikawal kuantiti:-

  • hasil Bijirin-nasi,Mee,roti canai,roti Putih
  • Sayuran berkanji-Ubi kentang,Keledek,keladi dan Lobak merah
  • Kekacang-kacang dal/kuda,kacang soya,kacang Hijau/merah/hitam

Tanda-tanda gejala Hypoglycaemia:-

  1. Lapar
  2. Berpeluh banyak
  3. Sakit Kepala
  4. Gelisah
  5. Berdebar-debar
  6. Pucat
  7. Tahap kritikal-Pandangan kabur,pengsan dan koma

Penyebab Hypoglycaemia:-

  1. Tangguh Masa Makan/tidak makan terus
  2. makan terlalu sedikit karbohidrat complex
  3. Pertambahan kerja/senaman yang tidak terancang
  4. minum Minuman berakohol ketika perut kosong

Tanda Dan Gejala Hyperglycamenia:-

  1. Penat dan Dahaga
  2. loya dan Muntah
  3. Nafas tercunggap/susah bernafas
  4. Kencing kotor
  5. Air kencing yang banyak
  6. Pandangan kabur

Penyebab Hyperglycamenia:-

  1. Dos insulin @ pill mungkin terlalu rendah@ pengambilan dos insulin