CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie Maternity tickers

Sunday, October 30, 2011

36 minggu..menunggu Bidadari kecil Mama dan Babah.

Setelah sekian lama tak meng-Update Blog Mama..x sempat? xlarat?...x jgk cuma xtau nak ceritakan dari mana hahhhaaa..lawaks aje ayat nie.
Oklah mama ceritakan setelah 34minggu Mama membawa bidadari kecil mama dalam kandungan nie.
selepas balik kekuching dari Raya aidilfitri lepas sempat lah mama bersama babah selama sebulan sebelum dipos balik kekampung pada kandungan 34minggu..bukan sbb sanggup tinggalkan babah sorang2 kat sarawak tapi sbb penerbangan MAS atau Air Asia hanya membenarkan penumpang hamil menaiki pesawat pada kandungan tidak lebih 34minggu jadi dengan berat hati pada 8hb october 2011 Babah hantar mama balik ke Kg.di kedah.. babah nak mama dijaga oleh family kat sini sehingga bersalinkan bidadari kecil kami nanti. Antara sebab2nya yang lain Klinik Desa untuk check mengandung hanya di hadapan rumah (senang x pyh nak drive jauh2..jln 20 langkah dah smpi..hehhee) dan Hospital Jitra atau Hospital Alor setar pon dekat hanya 15min perjalanan so xdelah babah risaukan mama dan baby.,,
sampai aje di Kedah kami terus Keklinik Desa Kg.Naga untuk Log in kad mengandung untuk check up bulanan, then keklinik kesihatan Jitra untuk membuat appointment dgn pakar O &G sbb mama kan ada GDM..huhhuu kena seattlekn kerja sebelum babah balik Kuching...
hemm pi jumpa doktor klinik kesihatan kepala Batas(KKKB) mama disuruh repeat BSP 4X untuk pantau gula dari kul 8pg,12tghri,6ptg dan 10 mlm..nasib klinik desa kg naga dah ada buat BSP untuk ibu GDM so x delah nk keklinik luar utk buat BSP..alhamdullilah. so date untuk BSP adalah 11hb oct pastu esok kena 12hb oct jmpa doktor KKKB...BSP x cantik(4.6/6.9/7.7/8.9mmol) so kena reapeat lagi pada 24hb oct..result (5.3/7.2/4.4/5.8) ok sikit then 25hb jmpa doktor semula kat KKKB dapat appointment dgn pakar O&G Jitra pada 8hb Nov lepas raya takpe babah dah balik ..tengah bedebar sbb taktau ler apa kata doktor samada mama dipaksa bersalin awal atau ikut EDD 25hb Nov 2011 nie..sabar yer..bidadari kecil Mama.
so 1hb Nov nie kena gi klinik kg.naga untuk rutin check up mengandung selepas 36minggu ..3hb kena wat BSP sekali lagi then 8hb jumpa pakar O&G untuk tahu bila Bidadari kecil Mama akan bersama Mama dan Babah...Mama doakan Bidadari Mama sentiasa sihat sehingga mama melahirkan kamu..amin
28 oct 2011
start dari subuh kul 2.30pg bidadari Mama asyik gerak2..dan mengeras smpi kul 2ptg dah cukup 10kali gerak..kenapa sayang buat mama risau..nasib JM shada tu baik so mama mintak tolong dia checkkn BP dan Heart beat Anak Mama risau lah mama...alhamdullilah xde apa2 cuma Bp mama naik sikit dari kebiasaan 120/70..rupa2nya hari nie anak mama dah cukup 36minggu ..sabar yer tunggu babah balik dulu.

Friday, August 19, 2011

Story GDM lagi Dan Syarat2 Naik Kapal terbang Semasa Hamil

Sejak Puasa Nie mama x sempat nk update Blog nie..so hari nie mama stories sikit kisah mama dan GDM sepanjang puasa nie.

Actually Mama x dibenarkan puasa kerana takut merisikokan baby dalam kandungan kerana keadaan gula yang tak stabil dan disebabkan mama perlu menyuntik insulin sebanyak 4 kali sehari bagi menstabilkan kandungan gula dalam darah..takpelah ujian buat mama sebab tak dapat menjalani ibadah puasa tahun nie..tahun depan mama gantilah puasa tu demi baby ok.

So last jumpa doktor di klinik Kota Samarahan hari tu mama perlu ke Hospital Umum Sarawak untuk Detail Scan dengan pakar pada 16hb dan Jumpa PaKar Diebatic pada 18hb Ogos lepas..Alhamdullilah detail scan dijalankan kandungan Mama ada lah Normal..alhamdullilah anak mama yang baik nie sihat2 sahaja.Tapi Mama kantoi untuk ujian BSp masa jumpa Pakar diebetic..hehheee citernya diorang check mama punya rekod dalam glucometer..abis semua bacaan time x perlu rekod pon dia orang catit..dah ler dalam puasa nie time berbuka temankan En.hubby mama makan tak ingat..bacaan untuk Malam kebanyakannya atas 8-10.3mmol, tak pasal2 kena baca sikit then kena jumpa diorg untuk monitoring BSP 1minggu sekali..tapi sebab mama nak balik kg 25hb nie..just need to call dorg dari kg untuk setiap minggu kena bgtau bacaan BSP tu huuuhhuuu..raya nie tak dapat nak mkn sedap2.

Then untuk klinik mengandung Pulak tagging mama dah berdouble dari merah (kes Bledding) dah ditindan dengan sticker Kuning (geng ibu GDM)..berat badan turun 0.4kg..dari 87.2kg ke 86.8kg pastu kt klinik diebetic turun lagi jadik 85.10kg heemmm nasib badan nie sihat2 aje. tehn mama dapat sedikit Nasihat bagi Pemakanan Ibu GDM seperti dibawah (Mama Taipkan untuk refer ibu2 GDM yang lain yee):-
(Bagi mengekalkan paras gula pada tahap Normal)
  • Makan makanan karbohidrat tinggi serat/gentian seperti roti jagung,wholegrain,beras merah,bijirin,sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak daging/Ayam, santan,mentega dan keju
  • Gunakan cara masak tanpa minyak seperti merebus,stim,bakar dan memanggang

makanan yang perlu dielakkan:

  • Makanan bergula/berkarbohaidrat ringkas seperti Gula pasir,Ais krim,jem,kaya,minuman ringan dalam tin & botol,air sirap atau beralkohol.

makanan Yang boleh dimakan tetapi dikawal kuantiti:-

  • hasil Bijirin-nasi,Mee,roti canai,roti Putih
  • Sayuran berkanji-Ubi kentang,Keledek,keladi dan Lobak merah
  • Kekacang-kacang dal/kuda,kacang soya,kacang Hijau/merah/hitam

Tanda-tanda gejala Hypoglycaemia:-

  1. Lapar
  2. Berpeluh banyak
  3. Sakit Kepala
  4. Gelisah
  5. Berdebar-debar
  6. Pucat
  7. Tahap kritikal-Pandangan kabur,pengsan dan koma

Penyebab Hypoglycaemia:-

  1. Tangguh Masa Makan/tidak makan terus
  2. makan terlalu sedikit karbohidrat complex
  3. Pertambahan kerja/senaman yang tidak terancang
  4. minum Minuman berakohol ketika perut kosong

Tanda Dan Gejala Hyperglycamenia:-

  1. Penat dan Dahaga
  2. loya dan Muntah
  3. Nafas tercunggap/susah bernafas
  4. Kencing kotor
  5. Air kencing yang banyak
  6. Pandangan kabur

Penyebab Hyperglycamenia:-

  1. Dos insulin @ pill mungkin terlalu rendah@ pengambilan dos insulin




Friday, July 22, 2011

HBA1c

Anda juga perlu pastikan bahawa nilai HbA1c anda kurang daripada 6.5% (HbA1c ialah suatu ukuran bagi menilai keberkesanan kawalan glukosa darah anda dalam jangka masa 2 - 3 bulan yang lepas).
So today mama dapat result HbA1c 6.5..betul2 atas border means NORMAL..sebelum mengandung memang takde kencing manis so sekarang mama punya status is GDM iaitu kencing manis ketika mengadung(lega sikit otak nie :)
Hari nie mr.Hubby belikan glucometer sendiri..ialah penat nak ulang alik dari kuartes ILP nie ke klinik kesihatan tu ..perjalanan 40min pergi balik setiap 2jam sebanyak 7 kali sehari.. dah ler dia keje..jap2 kuar menganggu pulak.. pastu sayang kat bini dia nie tak bagi bawak keta sendiri..thank a Lot Sayang..I love u So much muaahhhhhh. so untuk menjimatkan kos minyak kereta RM100 seminggu(RM50/day untuk 7 kali ulang alik didarab 2kali seminggu dan 2 kali jumpa doktor) so keluarkan duit sikit untuk beli glucometer sendiri yang bermodalkan hanya RM110(20psc jarum + 50stripe + Glucometer) just beli Alcohol swap rm9.90/100pcs..nasib murah..so nie set glucometer mama yang baru..malam nie untuk pukul 8 dan 10malam mama check sendiri kat rumah..kesian Mr.hubby dah terlelap pas maghrib tadi..2 minggu dah asyik tido lewat.

pasni cucuk aje sendiri dan rekod then just followup dengan doktor 2kali seminggu

Sunday, July 17, 2011

MANUAL INSTRUCTION FOR USING HumaPen Ergo II

Part-part yang terdapat dalam HumaPen ErgoII
persedian sebelum menyuntik insulin:-
pastikan anda mencuci tangan dan semua part-part sudah disediakan
1.HumaPen ErgoII
2.Humulin*orHumalog*(3mL insulin cartridge
3.Jarum Baru
4.Alcohol swab(x diberi )





Jarum dibekalkan hanya 3pcs (selebihnya harus dibeli di farmasi berdekatan)saiz jarum bagi dewasa adalah bersaiz Micro Fine 0.25x8mm



Langkah 1:Masukan Insulin kedalam Penmengikut langkah2 dibawah




Terdapat 2 jenis insulin yang dibekalkan


1.Inspect Insulin(Jernih)-regular


Dicucuk 1/2jam sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam




2. Cloudy Insulin (pekat dan kelabu/Normal)


sebelum digunakan ikut langkah2 yang diberi iaitu letakkan pen insulin ditapak tangan dan golekan kedepan dan kebelakan sebanyak 10 kali ulang secara sederhana,kemudian genggam dan gerakan keatas dan kebawah dengan melipat siku dan mebukanya sebnayk 10kali ulangan juga.


Langkah 2:Memsang Jarum pada Pen,mengikut langkah dibawah






menguji jarum bagi memastikan insulin keluar dengan baik.







Langkah 3:Tetapkan Dos bagi insulin (Putarkan penekan pen ke dos yang ditetapkan)


Langkah 4:Cucuk Insulin di bahagian yang dibenarkan (perut/bahu/paha) mengikut arahan dibawah





Langkah 5:Buka Jarum dari Pen

INSULIN UNTUK GDM KETIKA HAMIL


hari nie jumpa Doktor..pn Doktor cakap"hayaaa manyak tinggi oooo..ini kena start amik insulin..then this wednesday repeat the BSP after take the insulin..." so doctor bagi ler slip untuk pergi amik insulin di farmasi, then ada kaunseling untuk cara menggunakannya by Farmasi Instructor..So meh mama stories sikit pasal insulin nie


Huma Pen - Ergo II - Pen Insulin
sejenis pen suntikan untuk pesakit diabetis yang memerlukan insulin sebagai satu kaedah rawatan. Mudah digunakan dan tidak menyakitkan.





Kompenannya ada tiga (3) iaitu pen, insulin dan jarum. Kesemuanya boleh didapati di klinik tapi jarumnya kena bayar 50 sen satu. Boleh guna maksimun 3 kali. Kalau lebih dia tumpul dan mungkin menyakitkan sikit kot.



Mama dibekalkan 2 pen insulin satu dinamakan R(regular) dimana insulinnya berwarna jernih di cucuk 1/2jam sebelum sarapan,makan tengahari dan makan malam dan sati lagi Dilabel N(normal) dimana insulinnya lebih pekat kan perlukan teknik2 bagi mencairkannya sebelum digunakan dicucuk sebelum masuk tidur(symptom jika kita HYPO selepas amik this insulin seperti dahaga,mengigil dan pening..pesakit digalakan menyediakan sesuatu makanan atau minuman bergula disebelah katil bagi bersedia jika HYPO berlaku semasa sedang tidur cth 3sudu besar air gula/makanan ber kabohaidrat bagi menstabilkan parag gula kepada normal iaitu 4.-5.3mmol.




Botol insulin bersaiz 3ml dan jumlah dos bergantung kepada keperluan pesakit dan boleh diset pada pennya. Boleh disuntik dibahagian perut sekitar pusat, peha, bontot huhu... dan bahu . Masa bergantung kepada arahan Doktor



Boleh didapati di setiap klinik kerajaan tapi atas arahan Doktor dan yang pastinya untuk pesakit diabetis dan ibu-ibu mengandung je.


sekarang nie tgh tunggu Ujian darah untuk HbAlc untuk confirmkan samada mama sudah ada kencing manis nie sebelum mengandung lagi atau selepas mengandung..hopefully sebelum nie normal lah.tunggu result lagi 1minggu


Nanti mama Postkan Instruction menggunakan HumaPen ErgoII(penat nak rehat Jap...)

Saturday, July 16, 2011

PENGALAMAN MINUM AIR GULA DAN MENU UNTUK GDM

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral(Minum Air Gula)?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya



nie Mama punya result pada 11hb july 2011..Subhanallah tingginya, sah2 kena repeat lagi check BSP..Jumpa doktor Mama disuruh berpuasa semalaman sekali lagi..tapi kali nie lepas check BSP pagi pastu boleh minum air dan makan seperti biasa cuma Darah akan di check selepas 2jam sebanyak 7X sehari dari jam 8pagi sehingga 10malam..

Nie result mama untuk 1st dan 2nd repeat Blood Glucose Monitoring for GDM untuk 7X sehari

1st day(13/7/2011)
8.00pagi(Before Breakfast)-7.2mmol
10.00pagi(2hr after)-13.0mmol(gatal amik 2 biji kuih pulut inti + air suam)
11.00pagi(Before Lunch)-10.9mmol(Conflakes with Susu Low fat)
2ptg(After lunch)8.5mmol(Nasi+ikan Goreng+Kacang botol+Jus aple Hijau)
4ptg(before Dinner)-10.8mmol(3keping cream creaker +Jus Aple Hijau)
8.00mlm(after dinner)-8.8mmol(Nasi+ikan goreng+sup sayur+Air suam)
10.00mlm(Before Bed)-7.2(susu only)

esoknya pergi jumpa doktor..mama disuruh repeat Blood Glucose Monitoring for GDM lagi
2nd day(15/7/20110
8.00pagi-7.2mmol
10.00pagi-11.9mmol(2keping Roti gandum+susu)
11.00pagi-10.9mmol(Jus Apple)
2.00ptg-10.4mmol(Nasi putih+Ikan goreng+sup sayur+jus Apple)
4.00ptg-11.0mmol(2keping cream creaker+Air suam)
8.00mlm-8.2mmol(Nasi+Ikan Bakar+sup sayur+jus Apple)
10.00mlm-6.1mmol(Timun mentah as a snek)-pandai pulak dia turun <6.7



tunggu ler keputusan dari Doctor Isnin (17/7/2011) nie samada repeat BSP lagi atau kena Insulin..Ya allah aku redha.

Kat Sini Mama Share Menu yang diberikan oleh Rakan2 di fb yang pernah mengalami GDM semasa Hamil Thank buat Dina Hj.Shari,Mas Ayu Yaakob dan Farah Rahim sebab dapat membantu Mama melalui saat2 ini.

Ni menu untuk sebulan:
Minggu 1&3 (Sarapan)Isnin : 7 biji kurma + Susu
Selasa: 4 sudu quaker oat + Susu
Rabu: 2 keping wholemeal bread sapu butter + Susu
Khamis: 4 keping biskut jacob hi fiber + Susu
Jumaat: Setengah senduk kuay teow goreng+ Air suam (Kalau makan heavy breakfast, jangan minum dengan susu)

Minggu 2&4 (Sarapan)
Isnin: Setengah senduk nasi goreng + Air suam + Setengah batang timun (Lebih pun boleh)Selasa: Jambu batu/Epal hijau/Belimbing/Dragon fruit + Susu
Rabu: 2 keping wholemeal bread + Sekeping keju + Air suam
Khamis: 4 sudu nestum + Susu
Jumaat: 5 biji buah prun + Air suam

Minggu 1-4 (Lunch)
Isnin: Nasi+1 1/2 ekor ikan + Kailan celur+Epal hijau
Selasa:Nasi+1 ketul ayam +Ulam timun/kacang panjang/pegaga+Air suam+Belimbing
Rabu: Nasi Ayam+Salad+Tomato+Air suam
Khamis: Salad buah+Air suam
Jumaat: Nasi+Seketul daging sebesar kotak mancis+setengah ekor ikan+Ulam+Air suam+Dragon fruit

Dinner: (Just ulang menu breakfast...sekali sekala boleh ambil bihun sup atau burger daging. Tapi jangan ambil selepas pukul 8 malam.Kalau nak makan yang heavy, make sure dalam lingkungan pukul 6-7.30 petang) Dalam pukul 9 boleh minum susu dengan biskut.Selamat berjaya...

Menu 2:
hidangan waktu mkn waktu mkn yang disarankan

b/fast 7am-8am
a)2 keping roti jagung/gandum @6 keping biskut krim kreaker
atau 1 cawan oat/cronflakes @ 1 cwn nasi/mee/kuey tiow
b)2 sudu the majerin poli tak tepu(cth : dorina,vitalite,sunflower)
c)2 sudu mkn bumbung susu rendah lemak @ tanpa lemak(x gula)

tea 10am-11am
a)1 keping roti jagung/gandum @ 3 keping biskut krim kreakerb)air kosong @ the@milo@ kopi tanpa gula

lunch 12tgh-1 pm
a)1 cwn nasi putih @ mihun @ kuey tiow @ 2 keping roti jagung
b)1 ketul/keping sedang (60g) ikan
c)1 cwn sayur daun (minimum) @ lebih
d)1 biji/keping nipis buahe)air kosong*dibenarkan menggunakan hanya 2 sudu tea minyak bagi memasak bahan2 yang bertanda

tea 4pm-5pm
a)1 keping roti jagung/gandum @ 3 keping biskut krim kreaker
b)air kosong @ theO@ kopiO tanpa gula

dinner 7 pm-8pm
jenis makanan & sukatan sama sepeti lunch(ikan diganti dgn ayam @ daging seberat (30gm)mkn mlm 10pm-11pm a)2 sudu mkn bumbung susu tepung rendah lemak @

boleh tengok Blog dari Farah Rahim..thank sebab bagi advice dan sanggup melayan pertanyaan mama tentang masalah GDM dan perawatan GDM nie..I love u all friends.

http://pinkgoodness.blogspot.com/2010/12/mothers-with-gdm-malaysia-indeks.html)

Semoga Mama berjaya melalui dugaan ini ..amin

GDM SEMASA HAMIL

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)

“YA Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau."

Diabetes Melitus (GDM)

Apakah Diabetes Melitus?
Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?
Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.
Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?
Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.
Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Adakah GDM kerap berlaku?
Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.
Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
*Sejarah keluarga menghidapi diabetes. – Gara2 nenek ngan PakNgah ada ah ni
*Wanita berumur (>35 tahun).
*Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
*Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
*Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
*Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?
Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya

Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).
Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?
GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.
Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?
Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

Wednesday, July 13, 2011

BPH REFER DAN KLINIK MENGANDUNG HARI INI

Alhamdullilah semalam dah selesai BHP dari pagi samapi malam ..penatnya rasa, kesian kat baby mesti rasa jugak gegaran sebab dok ulang alik naik turun tangga kuartes tingkat 3 nie..ulang alik gegar kereta 40min pegi balik..walaupun semalam baru sehari follow diet menu nasib BHP tak cecah 15.7 macam mula2 minum air gula lepas..apa yang penting jangan amik gula langsung dalam makanan..dan pastikan perut tak lapar.
so sini mama nak share Menu diet dari rakan-rakan fb Dina Hj Shari ,Mas Ayu Yaccob dan sumber dari internet..harap dapat jadik rujukan bagi kawan2 yang mnghidapi GDM(kencing Manis ) untuk kontrol pemakanan kita...

Monday, July 11, 2011

MINUM AIR GULA

hari nie minum air gula..Ya Allah sedapnya sampai x sanggup nak telan segelas lak tu bukan secawan kalau ada perasa Oren ker sirap ker Mesti sedap ..pastu taruk ais hhahhhaa .Kat sini aku cerita sikit pasal minum air gula nie
Semalam lepas kul 10malam aku dah kena start puasa until minum air gula,pagi2 kena bawak air kencing dan terus kemakmal untuk ujian MOGTT dan glukos..aku kena tunggu sejam dari 8.10-9.10pg kemudian ulang ujian darah dan air kencing..then sekali lagi kena tunggu sejam hingga 10.10..dari awal result dah menunjukkan yang gula aku tinggi..bukan sikit tapi tahap merbahaya 15.7mmol (Ya allah harap2 baby mama sihat dalam kandungan nie)
nie ujian nya gula tinggi kencing pon kotor.

pastu apa lagi bawak jumpa doktor pulak sebab gula terlalu tinggi Doctor bagi tarikh buat ujian darah sebanyak 7kali pada hari rabu 13hb nie bermula 2jam sekali dari jam 8am-10am-12pm-2pm-4pm-6pm dan last kul10pm..maka buat suami tercinta amiklah cuti untuk hari rabu nie sayang.Satu lagi kena Jumpa Pakar Zat Makanan (PZM) untuk khidmat kaunseling diet..huuhuu
Menu aku daily ok tapi yang kena bab cara pemakanan yang salah.
1.Suka minum air manis lepas makan tengahari
2.Sarapan pagi Milo dibancuh susu pekat manis(tu yang sedapkan...)
3.Buah perlu dimakan selepas makan nasi bukan sebelum
4.kurangkan makanan yang dimasak bersantan,berminyak dan bergula wlpn biskut atau roti yang disapu jem.
nie surat dari PZM utk lampiran(Nasib tak banyak komen...huhuuu) :-

balik Dari klinik dapat makan Buah Delima..thank buat adik aku kat kampung sebab kirimkan sebiji buah delima nie untuk kakak dia yang mengandung nie..kesian dia sebiji RM5 tapi ingat kan kaka yang dok mengandung nie nak makan dia belikan jugak.Alhamdullilah rezeki

Sunday, July 10, 2011

Baby dah 5 Bulan..Esok Minum air gula

Alhamdullilah..anak mama sihat didalam kandungan, dah terasa bergerak2 tengah kungfu dalam tummy nie..dok elok2 ye sayang....kadang2 dok saja2 macam nak tergelak pon ada bila rasa gerakakan dalam perut nie..tertanya2 Lapar ke sayang..tak selesa ker..or saja nak main2 dengan mama hiihhii..so aktif terasa geli lak kadang2 tu..terima kasih tuhan kerana memberi aku peluang merasai semua ini..Alhamdullilah syukurpada mu Ya Allah.
tapi minggu nie mama x de mood,rasa penat then x selera nak makan kesian baby mesti laparkan maafkan mama yer sayang.
Esok 11July 2011
Hemm mlm nie dah kena posa sebab esok nak kena minum air gula Hopefully Ok lah..maklumlah history keluarga ada yang mengidap kencing manis nie then berat Mama pulak 80> overweight..