CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie Maternity tickers

Saturday, July 16, 2011

PENGALAMAN MINUM AIR GULA DAN MENU UNTUK GDM

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral(Minum Air Gula)?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya



nie Mama punya result pada 11hb july 2011..Subhanallah tingginya, sah2 kena repeat lagi check BSP..Jumpa doktor Mama disuruh berpuasa semalaman sekali lagi..tapi kali nie lepas check BSP pagi pastu boleh minum air dan makan seperti biasa cuma Darah akan di check selepas 2jam sebanyak 7X sehari dari jam 8pagi sehingga 10malam..

Nie result mama untuk 1st dan 2nd repeat Blood Glucose Monitoring for GDM untuk 7X sehari

1st day(13/7/2011)
8.00pagi(Before Breakfast)-7.2mmol
10.00pagi(2hr after)-13.0mmol(gatal amik 2 biji kuih pulut inti + air suam)
11.00pagi(Before Lunch)-10.9mmol(Conflakes with Susu Low fat)
2ptg(After lunch)8.5mmol(Nasi+ikan Goreng+Kacang botol+Jus aple Hijau)
4ptg(before Dinner)-10.8mmol(3keping cream creaker +Jus Aple Hijau)
8.00mlm(after dinner)-8.8mmol(Nasi+ikan goreng+sup sayur+Air suam)
10.00mlm(Before Bed)-7.2(susu only)

esoknya pergi jumpa doktor..mama disuruh repeat Blood Glucose Monitoring for GDM lagi
2nd day(15/7/20110
8.00pagi-7.2mmol
10.00pagi-11.9mmol(2keping Roti gandum+susu)
11.00pagi-10.9mmol(Jus Apple)
2.00ptg-10.4mmol(Nasi putih+Ikan goreng+sup sayur+jus Apple)
4.00ptg-11.0mmol(2keping cream creaker+Air suam)
8.00mlm-8.2mmol(Nasi+Ikan Bakar+sup sayur+jus Apple)
10.00mlm-6.1mmol(Timun mentah as a snek)-pandai pulak dia turun <6.7



tunggu ler keputusan dari Doctor Isnin (17/7/2011) nie samada repeat BSP lagi atau kena Insulin..Ya allah aku redha.

Kat Sini Mama Share Menu yang diberikan oleh Rakan2 di fb yang pernah mengalami GDM semasa Hamil Thank buat Dina Hj.Shari,Mas Ayu Yaakob dan Farah Rahim sebab dapat membantu Mama melalui saat2 ini.

Ni menu untuk sebulan:
Minggu 1&3 (Sarapan)Isnin : 7 biji kurma + Susu
Selasa: 4 sudu quaker oat + Susu
Rabu: 2 keping wholemeal bread sapu butter + Susu
Khamis: 4 keping biskut jacob hi fiber + Susu
Jumaat: Setengah senduk kuay teow goreng+ Air suam (Kalau makan heavy breakfast, jangan minum dengan susu)

Minggu 2&4 (Sarapan)
Isnin: Setengah senduk nasi goreng + Air suam + Setengah batang timun (Lebih pun boleh)Selasa: Jambu batu/Epal hijau/Belimbing/Dragon fruit + Susu
Rabu: 2 keping wholemeal bread + Sekeping keju + Air suam
Khamis: 4 sudu nestum + Susu
Jumaat: 5 biji buah prun + Air suam

Minggu 1-4 (Lunch)
Isnin: Nasi+1 1/2 ekor ikan + Kailan celur+Epal hijau
Selasa:Nasi+1 ketul ayam +Ulam timun/kacang panjang/pegaga+Air suam+Belimbing
Rabu: Nasi Ayam+Salad+Tomato+Air suam
Khamis: Salad buah+Air suam
Jumaat: Nasi+Seketul daging sebesar kotak mancis+setengah ekor ikan+Ulam+Air suam+Dragon fruit

Dinner: (Just ulang menu breakfast...sekali sekala boleh ambil bihun sup atau burger daging. Tapi jangan ambil selepas pukul 8 malam.Kalau nak makan yang heavy, make sure dalam lingkungan pukul 6-7.30 petang) Dalam pukul 9 boleh minum susu dengan biskut.Selamat berjaya...

Menu 2:
hidangan waktu mkn waktu mkn yang disarankan

b/fast 7am-8am
a)2 keping roti jagung/gandum @6 keping biskut krim kreaker
atau 1 cawan oat/cronflakes @ 1 cwn nasi/mee/kuey tiow
b)2 sudu the majerin poli tak tepu(cth : dorina,vitalite,sunflower)
c)2 sudu mkn bumbung susu rendah lemak @ tanpa lemak(x gula)

tea 10am-11am
a)1 keping roti jagung/gandum @ 3 keping biskut krim kreakerb)air kosong @ the@milo@ kopi tanpa gula

lunch 12tgh-1 pm
a)1 cwn nasi putih @ mihun @ kuey tiow @ 2 keping roti jagung
b)1 ketul/keping sedang (60g) ikan
c)1 cwn sayur daun (minimum) @ lebih
d)1 biji/keping nipis buahe)air kosong*dibenarkan menggunakan hanya 2 sudu tea minyak bagi memasak bahan2 yang bertanda

tea 4pm-5pm
a)1 keping roti jagung/gandum @ 3 keping biskut krim kreaker
b)air kosong @ theO@ kopiO tanpa gula

dinner 7 pm-8pm
jenis makanan & sukatan sama sepeti lunch(ikan diganti dgn ayam @ daging seberat (30gm)mkn mlm 10pm-11pm a)2 sudu mkn bumbung susu tepung rendah lemak @

boleh tengok Blog dari Farah Rahim..thank sebab bagi advice dan sanggup melayan pertanyaan mama tentang masalah GDM dan perawatan GDM nie..I love u all friends.

http://pinkgoodness.blogspot.com/2010/12/mothers-with-gdm-malaysia-indeks.html)

Semoga Mama berjaya melalui dugaan ini ..amin

GDM SEMASA HAMIL

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)

“YA Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau."

Diabetes Melitus (GDM)

Apakah Diabetes Melitus?
Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?
Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.
Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?
Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.
Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Adakah GDM kerap berlaku?
Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.
Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
*Sejarah keluarga menghidapi diabetes. – Gara2 nenek ngan PakNgah ada ah ni
*Wanita berumur (>35 tahun).
*Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
*Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
*Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
*Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?
Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya

Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).
Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?
GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.
Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?
Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.