CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie Maternity tickers

Sunday, July 17, 2011

INSULIN UNTUK GDM KETIKA HAMIL


hari nie jumpa Doktor..pn Doktor cakap"hayaaa manyak tinggi oooo..ini kena start amik insulin..then this wednesday repeat the BSP after take the insulin..." so doctor bagi ler slip untuk pergi amik insulin di farmasi, then ada kaunseling untuk cara menggunakannya by Farmasi Instructor..So meh mama stories sikit pasal insulin nie


Huma Pen - Ergo II - Pen Insulin
sejenis pen suntikan untuk pesakit diabetis yang memerlukan insulin sebagai satu kaedah rawatan. Mudah digunakan dan tidak menyakitkan.





Kompenannya ada tiga (3) iaitu pen, insulin dan jarum. Kesemuanya boleh didapati di klinik tapi jarumnya kena bayar 50 sen satu. Boleh guna maksimun 3 kali. Kalau lebih dia tumpul dan mungkin menyakitkan sikit kot.



Mama dibekalkan 2 pen insulin satu dinamakan R(regular) dimana insulinnya berwarna jernih di cucuk 1/2jam sebelum sarapan,makan tengahari dan makan malam dan sati lagi Dilabel N(normal) dimana insulinnya lebih pekat kan perlukan teknik2 bagi mencairkannya sebelum digunakan dicucuk sebelum masuk tidur(symptom jika kita HYPO selepas amik this insulin seperti dahaga,mengigil dan pening..pesakit digalakan menyediakan sesuatu makanan atau minuman bergula disebelah katil bagi bersedia jika HYPO berlaku semasa sedang tidur cth 3sudu besar air gula/makanan ber kabohaidrat bagi menstabilkan parag gula kepada normal iaitu 4.-5.3mmol.




Botol insulin bersaiz 3ml dan jumlah dos bergantung kepada keperluan pesakit dan boleh diset pada pennya. Boleh disuntik dibahagian perut sekitar pusat, peha, bontot huhu... dan bahu . Masa bergantung kepada arahan Doktor



Boleh didapati di setiap klinik kerajaan tapi atas arahan Doktor dan yang pastinya untuk pesakit diabetis dan ibu-ibu mengandung je.


sekarang nie tgh tunggu Ujian darah untuk HbAlc untuk confirmkan samada mama sudah ada kencing manis nie sebelum mengandung lagi atau selepas mengandung..hopefully sebelum nie normal lah.tunggu result lagi 1minggu


Nanti mama Postkan Instruction menggunakan HumaPen ErgoII(penat nak rehat Jap...)

1 comment:

  1. Mcm gerun je nk cucuk sndiri insulin tu hehe..
    Sy br je pas buat bsp td, bacaan rendah, mungkin sy ni hypo.. :(
    sy still x berapa clear dgn terms hypo ni, kene wat research lg.. smbng bsp ptg n mlm nanti pulak..

    ReplyDelete