CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 18, 2011

MY HOME MADE RECEPIE (Pecal)

Dari semalam rasa macam nak makan pecal so..terpaksalah buat sendiri mak jauh, nak beli memang kat sarawak nie masakan tak masuk tekak sangat so apa lagi ..untuk menu tengahari nie..i make my own pecal for lunch, walaupun tak sesedap mak dikampung yang masak tapi cukup menyelerakan untuk makan tengah hari nie yummmmy :)

kalau ada yang nak cuba boleh amik resepi dibawah nie :-





Bahan2:-
Tempe-gaul garam dan sedikit kunyit lalu digoreng
2 keping tauhu-goreng dan hiris nipis
Taugeh-celur
kacang panjang-potong 2cm celur
kangkung-celur
pucuk ubi-celur
1/2 biji sengkuang-potong 2cm panjang
timun-potong 2cm panjang
*masukkan 2sb minyak dalam air untuk mencelur

Kuah Kacang:-
150gm kacang tanah-disangai dan diblend kasar
10tangkai cili kering
5biji cili padi
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2"belacan bakar
1 1/2 sb udang kering-rendam 10min dan sangai
1/2st + 1/2cwn air-jadikan pes
1st garam
5sb gula
1/2 cawan air

cara-cara:-
1.Goreng cili kering dan cili api gunakan 1/2cawan minyak..angkat dan toskan
2.goreng bawang merah dan bawang putih setelah layu toskan
3.blender semua bahan kuah kacang
4.masukkan minyak sedikit kedalam periuk masukkan bahan blender, kacang tanah, garam dan gula
5.setelah mengelegak masukkan air asam jawa

Nanti Nak buat Satar pulak tempek resepi dulu ..gambar lepas buat baru post kat sini..hehhhee
resepi dari:Hanieliza's (thanks)

SATAR IKAN

bahan
1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia sdikit asam jawa daun pisang

caranya;
1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dimesinkan.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan

No comments:

Post a Comment