CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie Maternity tickers

Monday, May 16, 2011

PERKEMBANGAN BAYI 1 BULAN (Minggu ke4 -Minggu ke 7)

Perkembangan Janin : Satu Bulan
Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-4 hingga minggu ke-7.



Perkembangan Janin : Minggu Ke-4

Pada akhir minggu ke-4, bayi anda digelar sebagai embrio. Embrio yang sedang membesar dalam uterus anda membesar dengan cepatnya dan mempunyai tiga
lapisan yg akan bertukar menjadi organ2 dan tisu2. Saiznya sebesar biji kuaci.

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di
lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali
pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Samaada anda perasan atau tidak, badan anda juga akan mengalami perubahan, seperti tidak datang haid, kerap berasa lapar, perubahan di puting, letih dan
lain2 tanda yang mungkin menunjukkan anda hamil. Pada saat ini juga anda boleh mencuba ujian kehamilan dirumah, sebagai mengesahkan kehamilan anda.
Jika sah hamil, anda seharusnya menjaga pemaknan dengan makan makanan seimbang, mengambil asid folic dan mendapatkan nasihat doktor berkaitan vitamin
tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-5


Perkembangan janin pada minggu ke-5 ialah :
Jantung sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma
denyutan yang baik.
Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia.
Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul.
Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini.
Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda.
Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya.
Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi.
Raut muka sudah mula terbentuk.
Lubang hidung lebih kelihatan
Versi terawal retina mata mula timbul.


Perkembangan Janin : Minggu Ke-6



Perkembangan janin pada minggu ke-6 ialah:
Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini.
Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung
, dan lubang-lubang yang menandakan telinga.
Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung.
Pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot.
Jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda.
Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanyan namun anda masih belum dapat merasainya.


Perkembangan Janin : Minggu Ke-7



Perkembangan janin pada minggu ke-7 ialah:
Panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur,
Mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput.
Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula.
Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.
Gigi dan lelangit sedang membentuk.
Pembentukan telinga terus berkembang.
Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak.

No comments:

Post a Comment