CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie Maternity tickers

Saturday, February 12, 2011

MY HOME MADE RECEPIE (Favorite Cook)



AYAM PERCIK





Bahan A:



3ulas Bawang putih



1''halia



1st garam



Tumbuk bahan A dan lumurkan pada ayam, perap 30min kemudian bakar 30min setelah itu gaul dengan kuah percik bakar semula selama 30min



Bahan B: Kuah percik



1"halia-blend



5biji cili kering-blend



2biji bawang merah-blend



serai-diketuk



garam dan gula



santan-1biji kelapa



masukkan semua bahan kedalam periuk dan renehkan sehingga pecah minyak dan pekat sesuaikan rasa.





LAMB CHOP





bahan-bahan:



3keping daging kambing



5ulas bawang putih



1sb lada hitam



1/2sb jintan manis



2sudu besar sos tiram



1sb kicap manis



1sb gula



1st garam



2sb jus limau



2sb minyak



Cara-cara:



1.panaskan 2sb minyak dan goreng bawang putih sehingga layu toskan



2.Blender Kering Bawang putih goreng tadi bersama lada hitam dan jintan manis



3.perapkan daging kambing dengan bahan blend, masukkan garam,gula dan semua



ahan..tumbuk2kan daging supaya sebati dengan bahan perap



4.perap semalaman didalam peti ..dan boleh dibakar pada suhu 200/30min





TEMPOYAK IKAN PATIN SIMPLE






Bahan-Bahan



1ekor ikan patin -potong 5



*1 inci lengkuas



*1-1 1/2 inci kunyit hidup



*6 biji bawang merah



* 2-3 sudu besar cili kering yg diblended (kalau nak pedas guna cili hidup/padi)



*1 inci halia



1 senduk tempoyak



1 ikat daun kesum



2-3 asam keping



4-5 cawan cawan air garam (ikut rasa)



Cara-cara



1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.



2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dlm periuk dan masukkan secawan air.Biarkan mendidih sekejap.



3.Tambahkan baki air, asam keping dan garam dan biarkan mendidih.



4.Masukkan ikan,daun kesom dan tempoyak.Kacau dan biarkan mendidih hingga masak peraskan.

Wednesday, January 5, 2011

RAWATAN PAKAR O&G HOSPITAL UMUM SARAWAK

IUI untuk nak hamil



Kaedah rawatan secara IUI atau suntik benih suami yang telah diperoses dan dipilih benih2 terbaik, kedalam rahim isteri sedang ia subur iaitu ketika benih ovum menetas. Mudah dilakukan dan harganya berpatutan dan kebanyakkan pesakit mampu.
Kadar kejayaan 10-30% , dan ia boleh diulang 2-3 bulan sekali. Tiada had bilangan IUI.
Siapa patut jalani IUI
1.Mereka yg gagal hamil setelah 2 tahun kahwin, dan telah menjalani ujian xray HSG dan saluran fallopian keduanya terbuka atau salah satu terbuka.
2.Benih suami rendah hitungan dan rawatan dengan ubat hormon, vitamin, zinc, dan supplement lain masih tidak mendatangkan hasil kehamilan.Wanita yang sudah makan ubat subur masih tak hamil
3.Pesakit2 PCOS yang subur bila makan ubat subur tapi masih gagal hamil Sudah jalani pembedahan saperti D&C, Laparoscopy, dll tapi masih gagal hamilSemua ujian kesuburan normal tapi tak hamilMacam mana cara IUI dilakukanBila haid bermula, wanita akan mula makan pil subur dos tinggi Clomid 4 biji pada hari ke3 haid selama 5 hari. Telephon klinik untuk memaklum tentang ia akan jalani IUI bulan ini.Lepas haid ada hubungan seks dengan suami sehingga hari ke11. Datang klinik tanpa suami dulu untuk scan telor hari 14, 15 atau 16 bergantungan tempoh pusingan haid bulan sebelumnya- staf klinik akan beritahu.Jika telor telah ovulate IUI dibuat hari itu jika belum ovulation tunggu esok atau lusa.
Benih suami boleh di bawa dari rumah, tapi jangan lebih dar 2 jam.Benih suami akan diperoses dimakmal, ini mungkin makan masa 1-2 jam
Harga IUI RM 600-700.Insyaallah mohon doa dari Allah.
CUTI-CUTI MALAYSIA DI KUCHING SARAWAK
Hari pertama di sarawak petang tu saja amik angin kat waterfornt. hujan renyai2 laks tu..tapi sempat ler ambik gambar kenang-kenangan kat sini

Bergambar berlatar belakangkan SARAWAK RIVER CRUISE...


Bergambar di mercu tanda Bandaraya Kuching (replika kuching)



Bergambar berlatar belakangkan bangunan Dun Sarawak di waterfront





DAY 2:SHOPPING AT SERIKIN


Dolce Amira dengan binatang-binatang peliharaan dia...





Aksi-aksi spontan sambil2 mencuci mata..borong jangan tak borong

Balik dari serikin terus ke santubong dan jalan2 makan angin di damaibeach dan santubong beach resort






Berkesempatan melawat mak saudara fizah di kg.sg.lumut santubong..menetap hampir 20thn disini bersama suami yg dah pencen askar




JONG'S CROCORDILLE FARM.







Saturday, June 26, 2010

ResePi Dari Kawan2.

KEPAK AYAM MADU BBQ
(Resepi Dari: Mama Sofea)

















Bahan2 :
Kepak ayam -1kg
bawang putih -5 ulas
Halia-3cm
kicap pekat-3sb
kicap cair-3sb
sos tiram-3sb
Lada sulah-ikut rasa
Sos cili-2sb
Air limau kasturi/cuka/air asam jawa -2sb
Madu-4sb
Minyak masak(masukkan semasa kisar bahan2 diatas)
garam secukup rasa.

Selamat mencuba.......yummmyyyyyy

LAKSA PENANG

Bahan-bahan:
1kg Ikan selayang/sardin – direbus
1 cawan udang kepai (yg halus tu) – dibasuh dan tumbuk lumat
30-40 batang cili kering -direndam air panas & kisar
2 ulas bawang besar – dikisar bersama cili kering
1 inci belacan – dikisar bersama cili kering
3 ulas bawang merah – dimayang
1 genggam asam keping
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
2 liter atau lebih air
garam & ajinomoto secukup rasa


Cara-cara memasak:
1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang.
2. Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum kisar)
3. tulang ikan bersama air rebusan ikan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.
4. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan
5. tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masukkan sekali udang kepai yang telah ditumbuk lumat.
6. biar hingga cili masak (naik minyak)
7. Masukkan isi ikan. Kacau dan biarkan masak seketika bersama cili.
8. Masukkan air rebusan ikan.
9. Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan.
10. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa. Biar hingga mendidih.

MURTABAK MINI












Bahan-Bahan:
100gm Ayam/daging cincang
2biji kentang-potong dadu
1sudu setengahrempah kari
1/2 biji bawang besar-potong dadu
1ulas bawang putih-Cincang
daun sup
minyak
1sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara:
1.Buat inti murtabak



-Tumis Bawang putih dan bawang besar smpi Layu,masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn air.goreng hingga pecah minyak,kemudian masukkan daging/ayam cincang.setelah masak masukkan kentang,garam dan ajinomoto,jika terlalu kering tambah air masak hingga kentang masak dan masukkan daun sup.Angkat




-Pukul telur didalam mangkuk,masukkan inti tadi kedalam telur kacau hingga sebati

2.Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat,cara bungkus sama seperti bungkus popia

3.Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.