CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie Maternity tickers

Wednesday, July 13, 2011

BPH REFER DAN KLINIK MENGANDUNG HARI INI

Alhamdullilah semalam dah selesai BHP dari pagi samapi malam ..penatnya rasa, kesian kat baby mesti rasa jugak gegaran sebab dok ulang alik naik turun tangga kuartes tingkat 3 nie..ulang alik gegar kereta 40min pegi balik..walaupun semalam baru sehari follow diet menu nasib BHP tak cecah 15.7 macam mula2 minum air gula lepas..apa yang penting jangan amik gula langsung dalam makanan..dan pastikan perut tak lapar.
so sini mama nak share Menu diet dari rakan-rakan fb Dina Hj Shari ,Mas Ayu Yaccob dan sumber dari internet..harap dapat jadik rujukan bagi kawan2 yang mnghidapi GDM(kencing Manis ) untuk kontrol pemakanan kita...

Monday, July 11, 2011

MINUM AIR GULA

hari nie minum air gula..Ya Allah sedapnya sampai x sanggup nak telan segelas lak tu bukan secawan kalau ada perasa Oren ker sirap ker Mesti sedap ..pastu taruk ais hhahhhaa .Kat sini aku cerita sikit pasal minum air gula nie
Semalam lepas kul 10malam aku dah kena start puasa until minum air gula,pagi2 kena bawak air kencing dan terus kemakmal untuk ujian MOGTT dan glukos..aku kena tunggu sejam dari 8.10-9.10pg kemudian ulang ujian darah dan air kencing..then sekali lagi kena tunggu sejam hingga 10.10..dari awal result dah menunjukkan yang gula aku tinggi..bukan sikit tapi tahap merbahaya 15.7mmol (Ya allah harap2 baby mama sihat dalam kandungan nie)
nie ujian nya gula tinggi kencing pon kotor.

pastu apa lagi bawak jumpa doktor pulak sebab gula terlalu tinggi Doctor bagi tarikh buat ujian darah sebanyak 7kali pada hari rabu 13hb nie bermula 2jam sekali dari jam 8am-10am-12pm-2pm-4pm-6pm dan last kul10pm..maka buat suami tercinta amiklah cuti untuk hari rabu nie sayang.Satu lagi kena Jumpa Pakar Zat Makanan (PZM) untuk khidmat kaunseling diet..huuhuu
Menu aku daily ok tapi yang kena bab cara pemakanan yang salah.
1.Suka minum air manis lepas makan tengahari
2.Sarapan pagi Milo dibancuh susu pekat manis(tu yang sedapkan...)
3.Buah perlu dimakan selepas makan nasi bukan sebelum
4.kurangkan makanan yang dimasak bersantan,berminyak dan bergula wlpn biskut atau roti yang disapu jem.
nie surat dari PZM utk lampiran(Nasib tak banyak komen...huhuuu) :-

balik Dari klinik dapat makan Buah Delima..thank buat adik aku kat kampung sebab kirimkan sebiji buah delima nie untuk kakak dia yang mengandung nie..kesian dia sebiji RM5 tapi ingat kan kaka yang dok mengandung nie nak makan dia belikan jugak.Alhamdullilah rezeki

Sunday, July 10, 2011

Baby dah 5 Bulan..Esok Minum air gula

Alhamdullilah..anak mama sihat didalam kandungan, dah terasa bergerak2 tengah kungfu dalam tummy nie..dok elok2 ye sayang....kadang2 dok saja2 macam nak tergelak pon ada bila rasa gerakakan dalam perut nie..tertanya2 Lapar ke sayang..tak selesa ker..or saja nak main2 dengan mama hiihhii..so aktif terasa geli lak kadang2 tu..terima kasih tuhan kerana memberi aku peluang merasai semua ini..Alhamdullilah syukurpada mu Ya Allah.
tapi minggu nie mama x de mood,rasa penat then x selera nak makan kesian baby mesti laparkan maafkan mama yer sayang.
Esok 11July 2011
Hemm mlm nie dah kena posa sebab esok nak kena minum air gula Hopefully Ok lah..maklumlah history keluarga ada yang mengidap kencing manis nie then berat Mama pulak 80> overweight..

Tuesday, June 7, 2011

PERTUNANGAN ADIK ON 5 JUNE 2011

walaupan tidak dapat joint this angagment day disebabkan pertukaran tarikh..hopefully semuanya akan berjalan lancar hingga ke jinjang pelamin..amin so aku uploadkan beberapa keping gambar sekitar pertunangan antara adik aku si Jai dan tunangnya Dilla yang berlangsung di Jengka 2 pada 5hb 6 2011 yang lepas..




salam tangan mak mertua





Hantaran tunang dari pihak perempuan





hantaran tunang dari pihak lelaki





kek dari Jai





Kek dari Dilla





selamat bertunang buat Jai dan dilla semoga segala urusan berjalan lancar sehingga ke jinjang pelamin..amin

Sunday, May 22, 2011

OTAK-OTAK

Otak-Otak



1 kg isi tenggiri / ikan kacang

5-6 sudu besar santan pekat

2 biji telur

100g / 4 sudu besar tepung ubi

1/2 cwn minyak masak

garam, gula, dan perisa (secukup rasa)

Bahan sambal :

3-4 sudu besar cili boh

4 biji bwg merah

1 biji bwg besar

4 biji bwg putih

1" halia

1" kunyit

1" lengkuas

4-5 batang serai

4 biji buah keras

1- 1 1/2 “ belacan

3-4 sudu besar rempah kari

Cara-caranya :

Bersihkan ikan macam biasa. Kikis isi tenggiri, asingkan

Kisar semua bahan sambal.Tumis dgn 1/2 cwn minyak. Kalau waktu tumis rasa xcukup minyak, boleh tmbah minyak sikit.(mmg byk guna minyak sebab lama2 akan kering)Tumis sampai agak pekat. Kacau selalu supaya tidak hangit

Kemudian masukkan bahan perisa. (biar agak masin dari biasa, sbb nanti bila dah campur dengan isi ikan, ia jadi tawar sikit)Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Bila dah sejuk, ambil sambal dan masukkan dalam isi ikan tadi.

Masukkan juga tepung ubi, santan dan telur.


Kemudian gaul hingga sebati.Sediakan daun pisang kemudian bolehlah dibungkus . Selesai membungkus, bolehlah dibakar sehingga masak.



SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, May 18, 2011

MY HOME MADE RECEPIE (Pecal)

Dari semalam rasa macam nak makan pecal so..terpaksalah buat sendiri mak jauh, nak beli memang kat sarawak nie masakan tak masuk tekak sangat so apa lagi ..untuk menu tengahari nie..i make my own pecal for lunch, walaupun tak sesedap mak dikampung yang masak tapi cukup menyelerakan untuk makan tengah hari nie yummmmy :)

kalau ada yang nak cuba boleh amik resepi dibawah nie :-





Bahan2:-
Tempe-gaul garam dan sedikit kunyit lalu digoreng
2 keping tauhu-goreng dan hiris nipis
Taugeh-celur
kacang panjang-potong 2cm celur
kangkung-celur
pucuk ubi-celur
1/2 biji sengkuang-potong 2cm panjang
timun-potong 2cm panjang
*masukkan 2sb minyak dalam air untuk mencelur

Kuah Kacang:-
150gm kacang tanah-disangai dan diblend kasar
10tangkai cili kering
5biji cili padi
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2"belacan bakar
1 1/2 sb udang kering-rendam 10min dan sangai
1/2st + 1/2cwn air-jadikan pes
1st garam
5sb gula
1/2 cawan air

cara-cara:-
1.Goreng cili kering dan cili api gunakan 1/2cawan minyak..angkat dan toskan
2.goreng bawang merah dan bawang putih setelah layu toskan
3.blender semua bahan kuah kacang
4.masukkan minyak sedikit kedalam periuk masukkan bahan blender, kacang tanah, garam dan gula
5.setelah mengelegak masukkan air asam jawa

Nanti Nak buat Satar pulak tempek resepi dulu ..gambar lepas buat baru post kat sini..hehhhee
resepi dari:Hanieliza's (thanks)

SATAR IKAN

bahan
1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia sdikit asam jawa daun pisang

caranya;
1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dimesinkan.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan

Monday, May 16, 2011

AMALAN KETIKA MENGANDUNG

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar



Maksudnya : "Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau
, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku senantiasa
di atas perintahMu (kekuasaanMu) dan perjanjianMu sekadar keupayaanku
(kemampuanku), aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatanku, aku mengaku
bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku,
maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang
dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau". (Diriwayatkan oleh Bukhari)





* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)



Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau
beri petunjuk, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah
Maha Pemberi (kurnia).Ya Tuhan kami, sesunguhnya Engkau mengumpulkan manusia
( untuk menerima balasan) pada hari yang tiada keraguan padanya. Sesunguhnya Engkau telah
menjanjikan itu. Sesungguhnya Allah tidak pernah menyalahi janji.”
(Surah Ali Imran [3] : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )



"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik.sesungguhnya Engkau Maha
Pendengar Doa” ( Surah Ali Imran [3]: 38)


* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)



Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.



* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan

yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)


Dari 0 hingga 3 bulan
Surah Yusuf
Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak..waktu ini paling sesuai kerana fetus baru membentuk..

Dari 4 hingga 6 bulan
Surah Luqman
Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa..


Dari 7 hingga 9 bulan
Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin..

Perkembangan Janin : Dua Bulan(minggu8-12)

Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-8 hingga minggu ke-12.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-8


Sekarang embrio anda sudah bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda juga semakin meregang untuk memuatkan bayi anda. Perkembangan bayi anda
sekarang:
Berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter, berat lebih kurang 1gm
Sudah berubah bentuk - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi.
Tangannya sudah boleh dibengkokkan di pergelangannya,
Jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang.
Kelopak mata mula menutupkan mata.

Bermula pada peringkat ini juga, anda akan mengalami perubahan fizikal (bentuk badan) seperti:
Payudara anda mulai membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama.
Ukuran pinggang anda mula bertambah.


Perkembangan Janin : Minggu Ke-9



Perkembangan janin pada minggu ke-9 ialah :
Di penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 0.9 inci / 2.3 sentimeter.
Beratnya lebih kurang 2gm.
Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea.
Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan.
Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas.
Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku.
Butiran dalaman telinga sudahpun sempurna menjelang penghujung minggu.
Alat kelaminnya sudah mulai terbentuk, namun jantinanya masih belum dapat ditentukan melalui pemeriksaan ultrasound
Plasenta juga sudah cukup matang serta mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.

Semakin menghampiri minggu ke-10, emosi anda juga akan mengalami perubahan. Emosi boleh jadi bercampur aduk dan kurang stabil dimana anada akan
merasa serba tak kena dan kadang kala merasa amat gembira. jangan risau kerana emosi yang turun naik ini adalah normal bagi ibu2 yg mengandung.


Perkembangan Janin : Minggu Ke-10


Perkembangan janin pada minggu ke-10 ialah:
Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung.
Beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram.
Giat menelan dan menendang.
Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu.
Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi,
Kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan.
Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia.
Saraf spina menjalar keluar dari korda spina.

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung
fetus yang pantas.


Perkembangan Janin : Minggu Ke-11


Sekarang kandungan anda hampir sampai ke penghujung trimester pertama. Perkembangan janin pada minggu ke-11 ialah:
Panjang Fetus jika diukur dari mercu kepala ke punggung, 1.5-inci / 4-sentimeter
beratnya boleh mencecah 7gm
Sudah mempunyai semua bahagian, dari kudup gigi ke kuku jari kaki.
Sekarang bayi anda sibuk menendang dan meregang; pergerakan-pergerakannya amat lemah-gemalai sehinggakan seperti balet air.
Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya.
Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan
secara bersendirian di luar rahim.


Perkembangan Janin : Minggu Ke-12


Perkembangan janin pada minggu ke-12 ialah:
Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia,
Panjangnya dari mercu kepala ke punggung lebih kurang 2 inci / 5.5 sentimeter
Beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram.
Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat.
Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala.
Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing
Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina.
Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh
kelopak mata, otot mata akan menggenggam.

Sekarang, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen. Apabila anda
memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat
dan tak dapat dipakai lagi. Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah perasaan "mabuk" menghilang.

PERKEMBANGAN BAYI 1 BULAN (Minggu ke4 -Minggu ke 7)

Perkembangan Janin : Satu Bulan
Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-4 hingga minggu ke-7.



Perkembangan Janin : Minggu Ke-4

Pada akhir minggu ke-4, bayi anda digelar sebagai embrio. Embrio yang sedang membesar dalam uterus anda membesar dengan cepatnya dan mempunyai tiga
lapisan yg akan bertukar menjadi organ2 dan tisu2. Saiznya sebesar biji kuaci.

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di
lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali
pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Samaada anda perasan atau tidak, badan anda juga akan mengalami perubahan, seperti tidak datang haid, kerap berasa lapar, perubahan di puting, letih dan
lain2 tanda yang mungkin menunjukkan anda hamil. Pada saat ini juga anda boleh mencuba ujian kehamilan dirumah, sebagai mengesahkan kehamilan anda.
Jika sah hamil, anda seharusnya menjaga pemaknan dengan makan makanan seimbang, mengambil asid folic dan mendapatkan nasihat doktor berkaitan vitamin
tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-5


Perkembangan janin pada minggu ke-5 ialah :
Jantung sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma
denyutan yang baik.
Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia.
Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul.
Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini.
Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda.
Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya.
Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi.
Raut muka sudah mula terbentuk.
Lubang hidung lebih kelihatan
Versi terawal retina mata mula timbul.


Perkembangan Janin : Minggu Ke-6



Perkembangan janin pada minggu ke-6 ialah:
Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini.
Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung
, dan lubang-lubang yang menandakan telinga.
Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung.
Pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot.
Jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda.
Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanyan namun anda masih belum dapat merasainya.


Perkembangan Janin : Minggu Ke-7



Perkembangan janin pada minggu ke-7 ialah:
Panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur,
Mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput.
Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula.
Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.
Gigi dan lelangit sedang membentuk.
Pembentukan telinga terus berkembang.
Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak.